Kayal Kelate Mari

Monday, February 21, 2011

LAGU BOLA: GOMO KELATE GOMO!!! (THE RED WARRIORS)

Posted by Pak Chu Kelate Mari at 10:30 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

SepakGomoPromo

Posted by Pak Chu Kelate Mari at 10:30 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Mat Saleh oyat Gomo Kelate Gomo~

Posted by Pak Chu Kelate Mari at 10:19 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

kelate loni tok serupo mulo.wmv

Posted by Pak Chu Kelate Mari at 10:18 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Lagu Olek Olek

Posted by Pak Chu Kelate Mari at 10:04 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

sep kito jange pecoh.wmv

Posted by Pak Chu Kelate Mari at 9:54 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

lagu bola kelantan - SEMANGAT ANOK JATE

Posted by Pak Chu Kelate Mari at 9:45 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

About Me

My photo
Pak Chu Kelate Mari
AMBO ANOK JATI TANOH MEROH
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  2011 (7)
    • ▼  February (7)
      • LAGU BOLA: GOMO KELATE GOMO!!! (THE RED WARRIORS)
      • SepakGomoPromo
      • Mat Saleh oyat Gomo Kelate Gomo~
      • kelate loni tok serupo mulo.wmv
      • Lagu Olek Olek
      • sep kito jange pecoh.wmv
      • lagu bola kelantan - SEMANGAT ANOK JATE
  • ►  2010 (1)
    • ►  December (1)

Followers

Tok Janggut Pahlawan Melayu

Tok Janggut Pahlawan Melayu
Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan. Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok pada tahun 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukai seperti berikut: cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun kelapa sebanyak 3 sen setandan sireh sebanyak 5 sen sejunjung. Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yang berasal daripada luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal pengutipan cukai. Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh. Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh. Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.

Kelantan Negeri Ku

Kelantan Negeri Ku
Negeri Kelantan yang mempunyai seni budaya tradisional yang unik ini juga mempunyai sejarah persinggahsanaan yang menarik. Diriwayatkan dalam tahun 1411M (814H) di Kelantan, terdapat seorang Raja yang beragama Islam bernama Raja Kumar. Tetapi sehingga kini ahli-ahli sejarah masih belum dapat mengesani daripada manakah asalnya Raja Kumar ini. Walau bagaimanapun baginda Raja Kumar telah menjalinkan hubungan muhibbah dengan Maharaja China, dan sebaliknya dalam tahun 1412M, baginda Raja Kumar telah menerima persembahan balas berupa kain-kain sutera dan surat kepujian daripada Maharaja China itu. Selepas pemerintahan Raja Kumar lahir pula pemerintahan Sultan Iskandar sehingga 1465M. Kemudian Kelantan diperintah pula oleh Putera Baginda Sultan Mansur. Dalam zaman pemerintahan Sultan Mansur, nama Kelantan telah menjadi masyhur sehingga ke negeri Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Pada 1477M, Sultan Melaka ini telah menghantar bala tenteranya untuk menyerang Kelantan. Walau bagaimanapun ia berakhir dengan satu simpulan peristiwa yang menarik, iaitu baginda Sultan Mahmud Shah telah berkahwin dengan Puteri Sultan Mansur yang bernama Onang Kening, yang kemudian menjadi bonda kepada Raja Perak yang pertama, iaitu Sultan Muzaffar Shah (1528M). Apabila Sultan Mansur Shah mangkat 1526M (928H), maka putera baginda, Raja Gombak ditabalkan menjadi Sultan dengan gelaran "Sultan Gombak". Setelah baginda Raja Gombak mangkat, maka cucunda baginda yang telah dijadikan putera angkat, iaitu Raja Ahmad, ditabal menjadi Sultan Kelantan pada 1584M (992H). Dengan gelaran Sultan Ahmad, Baginda telah berkahwin dengan Cik Banun Puteri Seri Nara DiRaja, iaitu sepupu kepada Raja Hussein di sebelah isteri Lela Wangsa Pahang. Baginda berdua telah dikurniakan seorang puteri dinamakan Cik Siti Wan Kembang. Baginda Sultan Ahmad mangkat pada 1589M, sewaktu puteri baginda Cik Siti Wan Kembang berusia 4 tahun, dan oleh sebab itu Raja Hussein dari Johor telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pemerintah Kelantan. Bila Raja Hussein mangkat pada 1610M (1018H), maka Cik Wan Kembang ditabalkam menjadi Permaisuri Kelantan. Baginda bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan, kira-kira 40 kilometer ke arah tenggara Kuala Krai. Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi terkenal menyebabkan banyak dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk juga orang-orang Arab yang menggelarkan Cik Wan Kembang dengan panggilan "Paduka Cik Siti". Baginda mempunyai seekor kijang yang kemudiannya menjadi lambang kebesaran negeri Kelantan. Semasa dalam pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, telah timbul sebuah lagi kerajaan berpusat di Jembal, di bawah pemerintahan Raja Sakti1638M (1046H). Setelah baginda mangkat, maka putera baginda, Raja Loyor telah ditabal menjadi Sultan pada 1649M (1059H). Baginda dianugerahkan dengan dua orang cahaya mata iaitu seorang putera, Raja Sakti yang mangkat sewaktu masih kecil dan seorang puteri bernamaPuteri Saadong. Hubungan baik telah terjalin di antara Kerajaan Cik Siti Wan Kembang dengan Kerajaan Loyor di Jembal. Baginda mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat yang akan mewarisi takhta kerajaan sepeninggalannya nanti. Puteri Saadong seorang gadis ayu yang cantik dan jelita, digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada Maharaja Siam yang menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi ditolak. Puteri Saadong telah dikahwinkan dengan Raja Abdullah iaitu sepupunya, dan telah dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai. Puteri Saadong telah diculik oleh Penglima Tentera Siam bernama Phraya Decho dan dibawa kepada Narai Maharaja Siam (1656-1688), kerana kesetiaannya pada suami baginda tidak boleh disentuh oleh Maharaja Siam. Setelah Puteri Saadong kembali ke Kelantan telah berlaku pergaduhan dengan Raja Abdullah. Akibat pergaduhan itu Raja Abdullah terkorban kerana kena tikaman cucuk sanggul Puteri Saadong. Selepas kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadong telah melantik Raja Abdul Rahim iaitu saudara raja Abdullah menjadi Sultan di Kota Mahligai pada 1671M (1082H) dan dikahwinkan dengan janda Raja Abdullah, anak Penghulu Ngah Jembal. Selepas itu Puteri Saadong menjadi Raja di Bukit Marak dan sejak itu kisahnya tidak dapat dikesan lagi. Kemudian, Raja Abdul Rahim telah mangkat ditikam oleh rakyatnya di tepi Tasek Lelayang Mandi. Dengan itu putuslah sejarah "kerajaan mahligai" dan wujud pula Kerajaan Jembal yang pada waktu itu terletak dibawah pemerintahan Raja Omar yang bergelar Sultan Omar pada 1675M (1086H). Raja Omar adalah adinda kepada Raja Loyor yang sebelum itu telah bergelar Temenggong Sultan Omar mempunyai lima orang putera dan puteri, iaitu Raja Kecil Sulung, Raja Ngah yang bergelar Raja Hudang, Raja Nah, Raja Sakti dan Raja Pah. Setelah Raja Omar mangkat pada 1721M (1132H), Baginda Long Bahar telah ditabal menjadi Sultan di Jembal atas kehendak puteri sulungnya, Raja Kecil Sulung. Baginda Long Bahar adalah putera Raja Petani (Wan Daim) yang bergelar Datuk Pengkalan Tua yang berhijrah ke Kelantan bersama ayahandanya dan berkahwin dengan Raja Pah Puteri Sultan Omar dan bersemayam di Sening dekat Jembal. Long Sulaiman (Wan Anom Long Nik) anak Long Bahar dengan Raja Perempuan Patani bergelar Mas Kelantan mempunyai seorang putera bernama Long Yunus dan dua orang puteri, iaitu Tuan Dewi dan Tuan Kembang yang berkahwin dengan Long Deraman putera Tuan Senik Geting yang memerintah di Legeh. Pada 1756M (1169H) telah berlaku serangan untuk merebut takhta dan akhirnya telah membawa kemangkatan Long Sulaiman. Berikutnya Long Pandak, sepupu Long Sulaiman telah dilantik menjadi Raja Kubang Labu, dan adiknya pula Long Muhammad dilantik menjadi Raja Muda. Kemudiannya pada 1758M, Long Pandak telah mangkat di tangan Long Deraman kerana membalas dendam terhadap perbuatan Long Pandak membunuh isterinya Tengku Tengah iaitu adik Long Deraman. Selepas itu Long Muhamad dilantik menjadi Sultan di Kota Kubang Labu. Dalam masa pemerintahan Long Muhammad telah meletus peperangan antara pihak Long Muhammad yang dibantu oleh Long Deraman dengan Long Gaffar, putera kepada Raja Reman di Hulu Perak. Dalam peperangan pada 1762M, Long Muhammad dan Long Deraman telah tumpas dan Kerajaan Kubang Labu telah dapat dikuasai oleh Long Yunus. bagi mengenang jasa Long Gaffar yang membantunya dalam peperangan itu, maka baginda Long Yunus telah melantik Long Gaffar menjadi Perdana Menteri memerintah dari kawasan Jeram sampai ke Pasir Tumbuh. Baginda Long Yunus telah berjaya menyatukan seluruh pemerintahan negeri Kelantan yang banyak itu dengan meletakkannya dibawah satu pemerintahan pusat sahaja.Raja Kelantan Berketurunan Long Gaffar 1. Long Gaffar * Bermula pada 1750-an selepas Perang Kota Kubang Labu II * Mangkat pada awal 1780-an 1. Long Seri * Pada masa pemerintahannya Patani jatuh ke tangan Siam (1785) * Mangkat pada usia 137 tahun 1. Long Demor * Pemerintahannya berpusat di Jeram 1. Tengku Chik Pandak 1. Engku Besar Tun Ahmad * Bermula ketika kemasukan pengaruh Inggeris * Tamat selepas peristiwa Pemberontakan Tok Janggut pada tahun 1915 * Kemudiaannya berhijrah ke Kota Bharu Reman Long Gaffar menguasai Kelantan (ketika itu dipanggil "Tanah Serendah Sekebun Bunga, Negeri Cik Siti Wan Kembang). Setelah menang perang iaitu perang Kota Kubang Labu 1. Perang tersebut berlaku selepas raja Kota Kubang Labu (dari keturunan Jembal) yang bernama Long Pandak membunuh isterinya yang merupakan puteri Raja Legeh (Narathiwat sekarang). Puteri tersebut bernama Puteri Neng Mas(Tengku Tengah, adik Long Deraman) adalah juga merupakan sepupu Long Gaffar dibunuh kerana dituduh berzina dengan Long Gaffar kerana memiliki "kain Cindai" yang bernama "Cepa Melaka" yang dimiliki oleh Long Gaffar. Sebenarnya kain cindai tersebut dipinjamkan oleh Long Gaffar semasa lawatannya ke Kota Kubang Labu, kebetulannya pada masa ketiadaan Long Pandak. Puteri Neng Mas telah dibunuh dengan kejam, di mana mayatnya telah dibelah perut dan diikat di atas belakang gajah yang bernama "Neng Malai" yang dihadiahkan oleh oleh Raja Legeh. Peristiwa inilah yang membangkitkan kemarahan Raja Reman dan Raja Legeh. Gelaran "Long" "Long" berasal dari perkataan "sulong" iaitu anak sulung. Sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Melayu, anak sulong dipanggil "long", "kak Long" atau "abang long". Sudah menjadi adat di kalangan raja-raja Melayu pula, putera sulung mereka akan mewarisi takhta. Jadi Long Gaffar adalah putera sulong Raja negeri Reman (yang terletak di Yala, Selatan Thailand hingga Hulu Perak sekarang). Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa perkataan "Long" itu berasal daripada perkataan Siam "Luang" yang bererti "Putera". Ini berasaskan hakikat bahawa semua anak-anak lelaki diberi pangkal nama "Long" tanpa mengira sama ada anak sulung atau tidak. (Ini berbeza dengan Long Jaafar di Perak kerana adiknya ialah Ngah Ibrahim). Anak-anak perempuan diberi pangkal nama Tuan di Kelantan, atau "Nan" atau "Nang" di Terengganu (dipercayai dari perkataan "Nae" bererti "puteri' dalam bahasa Siam). Keturunan Raja Jembal AImarhum Haji Nik Mat bin Raja Banjar adalah daripada keturunan Raja Jembal yang memerintah negeri Kelantan dalam kurun ke- 16. Keturunan Raja Jembal ini masih ramai lagi di negeri Kelantan, terutama sekali di Kedai Lalat, Pulau Melaka dan beberapa buah kampung lain di dalam jajahan Kota Bharu. Sejarah Raja Jembal telah ditulis oleh Almarhum Dato' Perdana Menteri Kelantan, Nik Mahmud bin Nik Ismail (ayah Dato' Nik Ahmad Nik Kamil) sebelum Perang Dunia Kedua. Buku sejarah Raja Jembal yang ditulisnya telah dijadikan buku bacaan ilmu sejarah bagi sekolah-sekolah Melayu di Kelantan sebelum Perang Dunia Kedua. Antara ahli kerabat Raja Jembal yang terkenal ialah Puteri Saadong, anak angkat Cik Siti Wan Kembang yang memerintah di bahagian Hulu Kelantan pada waktu itu. Asal-usul atau salsilah keturunan Raja Jembal ini bermula daripada seorang kerabat diraja Kedah bernama Raja Bersiong yang telah singgah lalu kemudiannya terus menetap di Kedai Lalat, kira-kira 10 kilometer dari Kota Baharu. Raja Bersiong ini dikatakan membawa dua orang anak angkat yang bernama Raja Sakti dan seorang lagi bernama Tuan Puteri Mani Kemian. Ada cerita yang mengatakan bahawa Raja Sakti itu berasal dari 'buluh betung' dan Tuan Puteri Mani Kemian itu terbit dari 'buih'. Dan ekoran daripada cerita dongeng itulah menyebabkan anak cucu Raja Jembal tidak memakan sayur buluh betung yang menjadi makanan kegemaran orang Melayu sejak dulu hingga sekarang. Tetapi fakta tentang cucu-cicit Raja Jembal zaman sekarang sudah dikaburi dengan cerita yang dianggap dongeng dan sudah tidak percaya lagi dengannya. didapati kini tiada lagi keturunan Raja Jembal itu yang percaya dengan dongeng yang mengatakan asal-usul nenek moyang mereka dari buluh betung dan buih. Cerita yang mengatakan bahawa Raja Sakti itu keluar dari buluh betung dan Tuan Puteri Mani Kemian itu keluar dari buih hanyalah rekaan dan khayalan penulis sejarah yang tidak begitu arif tentang sejarah dan salasilah Raja Jembal. Walau bagaimanapun, dikatakan terdapat wasiat daripada Raja Bersiong yang tidak membenarkan anak cucunya memakan sayur buluh betung dan tidak membenarkan anak cucunya membuat alat-alat rumah atau alat-alat pertanian dan lain-lainnya daripada buluh betung. Anak-anak cucu Raja Jembal juga tidak digalakkan memakan sejenis ikan bernama ikan sekacang. Sejarah keturunan Raja Jembal itu bermula daripada perkahwinan Raja Sakti dengan Puteri Mani Kemian, kedua-duanya anak angkat Raja Bersiong. Setelah kemangkatan Raja Bersiong, Raja Sakti telah dilsytiharkan sebagai raja yang berdaulat di sekitar Kedai Lalat dan beberapa daerah lain di Kelantan. Hasil daripada perkahwinan Raja Sakti dengan Puteri Mani Kemian itu lahirlah Raja Loyor, Raja Omar, Raja Bahar dan beberapa orang putera dan puteri lagi. Keturunan Raja Jembal yang ada sekarang ini ialah cucu cicit kepada Raja Sakti dan Puteri Mani Kemian. Menurut Cikgu Tuan Mat, pemerintahan Raja Jembal di Kelantan berakhir setelah kemangkatan Raja Kecil Sulung (puteri Sultan Omar) pada tahun 1725. Setelah kemangkatan Raja Kecil Sulung satu rebutan kuasa telah berlaku antara puteranya iaitu Raja Abdul Rahman dengan adindanya, Raja Pah (adik Raja Kecil Sulung yg bernikah dgn Long Bahar Datuk Pengkalan Tua putera Raja Patani). Akibat daripada perebutan kuasa itu, Raja Abdul Rahman tersingkir daripada takhta pemerintahan keturunan Raja Jembal ini dan suami kepada Raja Pah, Tuan Besar (atau lebih dikenali sebagai Long Bahar) mengambil alih pemerintahan daripada keturunan Raja Jembal. Perpecahan telah berlaku dalam kerabat keturunan Raja Jembal ini kerana Tuan Besar (Long Bahar) yang mengambil alih pemerintahan itu berasal dari Patani. Sepatutnya Raja Abdul Rahman yang mewarisi takhta bagi meneruskan kuasa keturunan Raja Jembal ini kerana Tuan Besar atau Long Bahar itu bukan daripada keturunan Raja Jembal. Walaupun pemerintahan Raja Jembal telah berakhir, namun kesan sejarahnya masih wujud dengan adanya makam Raja Loyor, makam Raja Omar dan makam Raja Bahar yang telah dibaiki dan dibina semula oleh pihak Muzium Negara dalam tahun 1970an. Makam-makam ini terletak di sekitar Kedai Lalat. Sebuah sekolah menengah di Kedai Lalat telah diberi nama Sekolah Menengah Raja Sakti dan sebuah sekolah rendah di pekan yang sama diberl nama Sekolah Kebangsaan Raja Bahar. Dikatakan yang kerabat keturunan Raja Jembal kini berada di sekitar Kedai Lalat, Pulau Melaka, Sering dan di daerah-daerah lain di Kelantan dan masih lagi menggunakan bahasa diraja atau bahasa istana dalam pertuturan antara sesama mereka.Perkataan 'ku', 'patik', 'kanda', 'bonda', 'ayahanda', 'berangkat', 'cerat', 'mangkat' dan sebagainya masih digunakan oleh keturunan Raja Jembal walaupun kini mereka hanyalah rakyat biasa yang tinggal di beberapa buah kampung di Kelantan. Ini bererti bahawa pengaruh diraja dan istana masih tebal di kalangan cucu-cicit Raja Jembal yang masih hidup sekarang walaupun mereka telah dipisahkan dari istana sejak tiga abad yang lalu. Perkembangan masa telah membawa anak cucu keturunan Raja Jembal merantau keseluruh negeri di Malaysia Barat, khususnya Kuala Lumpur. Persatuan Kebajikan Keluarga Raja Jembal telah pun ditubuhkan dan mendapat restu daripada Persatuan Kerabat Diraja Kelantan. Persatuan Kebajikan Keluarga Raja Jembal sekarang mula ditubuhkan oleh Allahyarham YM Raja Mahmud bin Raja Mamat, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Limbongan, Exco Pertanian Kelantan Darul Naim pada masa Barisan Nasional memerintah Kelantan dulu dan Naib Ketuanya ialah Cikgu Tuan Mat bin Raja Kechik. Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat juga telah dilantik sebagai penasihat kepada Persatuan Kebajikan Keluarga Raja Jembal ltu. Pihak Kerabat Diraja Kelantan telah diberitahu tentang perlantikan itu. Ini tidak bermaksud untuk mengulas secara panjang lebar tentang kisah dan sejarah Raja Jembal, tetapi hanya sekadar untuk mengaitkan serba sedikit riwayat tentang datuk nenek Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dan keluarganya sebagai berketurunan daripada Raja Jembal yang masyhur dalam sejarah negeri Kelantan. Datuk sebelah bapa kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz masih lagi menggunakan panggilan 'raja', iaitu Raja Banjar. Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz mengingati suatu perkara tentang almarhum datuknya ini. Raja Banjar bukanlah orang kaya walaupun memiliki banyak tanah. Mengikut Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz, datuknya suka merantau meninggalkan rumah sehingga satu atau dua minggu. Apabila beliau pulang, dikerjakannya tanah dengan menanam kelapa dan getah secara bersungguh-sungguh bagaikan menggantikan masa kerjanya yang telah terbuang disebabkan merantau itu. Kekaburan Sejarah Kelantan Terdapat pihak yang mengatakan terdapat penyelewengan yang berkaitan dengan fakta sejarah negeri ini. Pendedahan yang telah dibuat menyebabkan ada pihak yang terasa. Penyelewengan itu dikatakan bermula dengan terbitnya buku "Ringkasan Cetera Kelantan" oleh Dato’ Perdana Menteri Nik Mahmud Bin Ismail sebelum tahun 1950-an. Penyelewengan fakta ini dipercayai dilakukan secara terancang dan berterusan ini terbukti dengan terbitnya buku terbaru sejarah Kelantan iaitu "Iktisar Sejarah Kelantan" yang kemudiannya diiklankan di dalam majalah "Pengasuh" keluaranMAIK. Dikatakan, ramai yang tidak menyedari bahawa selepas kejatuhan "Kota Lubang Kubu" akibat Perang Kota Lubang Labu II pada tahun 1762 di antara Long Mohamad yang memerintah Kota Lubang Labu dengan Long Gaffar (Long Gaffar merupakan Raja Muda Negeri Reman dan bukannya anak pembesar Reman seperti yang didakwa di dalam buku di atas), negeri ini kemudiannya telah diperintah oleh Long Gaffar dan keturunannya. Pusat pemerintahan utama semasa pemerintahan Long Gaffar di Negeri ini ialah di Kota Limbat, Peringat dan pada masa yang sama seorang tokoh iaitu Long Yunus (anak Long Sulaiman) yang merupakan sahabat baik Long Gaffar yang dianggap sebagai adik oleh baginda Long Gaffar. Lalu Long Yunus telah diberikan kuasa memerintah oleh Long Gaffar dari kawasan Pasir Tumbuh hingga ke Padang Garung, dan seterusnya hingga ke Kuala Kemasin dan Di sebelah Baratnya hingga ke Bukit Tanjung (Narathiwat). Walau bagaimanapun, segala keputusan dan kuasa sebenar berkaitan pentadbiran dan kes-kes jenayah adalah terletak di bawah bidang kuasa Baginda Long Gaffar di kota Limbat. Peristiwa ini yang menyebabkan munculnya nama "Kelantan", yang dikatakan berasal dari perkataan "Negeri yang Dikerat Lintang" antara Raja yang memerintah iaitu baginda Long Gaffar yang berpusat di Kota Limbat dengan Long Yunus dan sempadannya ialah Pasir Tumbuh. Fakta tersebut dikatakan cuba diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu di Kelantan dengan memutarbelitkan peristiwa (menyatakan Long Yunus yang beri kuasa kepada Long Gaffar) bertujuan bagi memperkecilkan dan seterusnya menghapuskan peranan Long Gaffar dalam lipatan sejarah Kelantan sedangkan dalam perang tersebut, dipercayai Long Gaffar berjaya berperang dan mengalahkan Long Mohamad yang dibantu oleh Long Deraman. Semasa pemerintahan baginda Long Gaffar dan keturunannyalah, telah terlaksana Hukum Hudud di Kelantan. Di antara tokoh yang terlibat dan menjadi tempat rujukan dan nasihat bagi perlaksanaan hukuman ini ialah Haji Nik Ismail Limbat (Tok Baruh) yang merupakan keturunanan Raja Jambu Patani yang asal. Keturunannya kemudian mengasaskan pondok Bukit Abal dan salah seorang dari keturunannya muncul sebagai tokoh agama yang terkenal iaitu Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal. Pemerintahan keturunan Long Gaffar di Kelantan berakhir selepas peristiwa pemberontakan Tok Janggut pada tahun 1915 iaitu semasa pemerintahan Tengku Besar Jeram iaitu Tengku Besar Tuan Ahmad yang memerintah di Jeram, Pasir Puteh. Peristiwa yang membawa kepada kejatuhan pemerintahan keturunan Long Gaffar ini dipercayai mempunyai kaitan dengan keengganan mengiktiraf pengaruh Inggeris dan Siam di negeri Kelantan. Akibat mainan politik penjajah Inggeris dan Siam, para keturunan Long Yunus kemudiannya diiktiraf sebagai pemerintah KELANTAN Sumber Buku sebenar yang dipercayai mempunyai Sejarah Kelantan ini ditulis menggunakan tulisan Jawi Lama dikatakan ada tujuh naskhah. Buku ini dipercayai ditulis oleh penulis DiRaja pada zaman pemerintahan Baginda Long Gaffar bagi menceritakan tentang salasilah keturunan Raja-Raja yang berasal dari Pagar Ruyung dan kebesaran kerajaan baginda. Berikut adalah maklumat terakhir tentang buku-buku berkenaan:- 1. Salah satu daripadanya dibeli di Kemaman oleh Haji Yaakob dan dijual kepada saudaranya iaitu Haji Abdul Razak Antik. Beliau kemudiannya menjual kepada Muzium Negara, tetapi sebahagian daripada muka surat iaitu muka surat 1 – 20 yang menceritakan kisah sebenar sejarah Kelantan telah dikoyakkan oleh pihak-pihak tertentu. 2. Naskah berikutnya dimiliki oleh Tengku Ismara yang kemudiannya diserahkan kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka. 3. Naskah ketiga dimiliki oleh Haji Zahari antik kemudiannya menjualkannya kepada dua pensyarah universiti berbangsa Inggeris dan India pada tahun 1974 dengan harga RM700. 4. Naskah yang selebihnya dipercayai masih ada di dalam simpanan pihak-pihak tertentu, di antaranya ialah Tengku Abullah Tengku Seriwa Raja dan pihak Istana Kelantan. 5. Kesimpulan Sejarah Secara kesimpulannya, Kelantan terdapat 3 puak atau kumpulan yang pernah menjadi Raja atau Sultan Kelantan hingga sekarang iaitu:- 1. Keturunan asal iaitu dari Raja Kumar yang kemudian memeluk agama Islam dengan bergelar Sultan Iskandar Shah. Dari titihan ini lahirnya Cik Siti Wan Kembang. 1. Keturunan Raja Jembal yang berasal dari anak angkat Raja Bersiong dari Kedah setelah dihalau oleh saudaranya. Keturunan ini memakai gelaran Raja dipangkal nama. Puteri Saadong adalah dari susur-galur Raja Jembal. 1. Keturunan Datu Patani yang yang asalnya adalah "gabenor" yang dilantik oleh pemerintah pusat Patani bagi mewakili pemerintahannya mengantikan kesultanan Raja Jembal. Titihan ini mula memerintah Kelantan dengan perlantikan atau serah kuasa oleh Raja Kecil Sulung yang juga merupakan kakak kepada Raja Pah anak kepada Raja Omar adik kepada Raja Loyor kepada Long Bahar anak Raja Patani yang bergelar Datuk Pengkalan Tua. Kemasukan ke Malaysia Kelantan bergabung ke dalam Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948, dan mendapat kemerdekaan sama dengan negeri-negeri lain pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, Kelantan secara rasminya menjadi salah satu negeri dalam Malaysia.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Faris Petra

Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Faris Petra
Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Faris Petra merupakan Sultan Kelantan ke-29. Sultan Muhammad Faris Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September 2010 bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah. Sultan Muhammad Faris Petra merupakan putera sulung Sultan Kelantan ke-40. Pada 24 Mei 2009, Sultan Muhammad Fa...ris Petra telah dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan setelah ayahanda baginda, Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra mendapat rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura. Sultan Muhammad Faris Petra diputerakan pada 6 Oktober 1969 dan diangkat sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985.

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Ulama pewaris nabi.... Nama: Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tahun Lahir: 1931 Tempat Lahir: Pulau Melaka ... Pendidikan: • Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan). - 1936 • Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian. • Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu. • Universiti Deobond, India – 1952. • Lahore, Pakistan – Ilmu Tafsir Quran – 1957. • Universiti Al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab. • Universiti Al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam. Pekerjaan: • Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor. • Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka. • Penyelia Kelas Dewasa – KEMAS. • Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu. Politik: • 1967 – Daftar sebagai ahli PAS. • 1967-1969 -Pilihanraya Kecil – Ahli Parlimen Kelantan Hilir. • 1969-1974 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir. • 1974-1978 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa). • 1978-1982 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa. • 1982-1986 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa. • 1986-1990 – Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan. • 1990-Sekarang – Menteri Besar Kelantan. Trivia Tok Guru Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan: •Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah •40% dari gaji beliau digunakan untuk parti PAS di Kelantan. •Rumah beliau dekat tepi masjid dibuat dari kayu dan tangga dari simen, tiada batu marmar,mozaik atau hiasan yang mahal-mahal. •Rumah beliau tidak berpagar tiada pengawal dan tiada orang gaji pun.Siapa-siapa boleh masuk kalau nak jumpa beliau. •Dia seorang yang warak dan zuhud. •Sejak dulu, elaun rumah, elaun keraian, elaun buka puasa malah elaun hari raya pun tak pernah beliau ambil. •Beliau berpesan kepada semua ahli-ahli exco yang terpilih supaya tidak menerima sebarang bentuk hadiah dari sesiapa pun kerana hadiah itu berkemungkinan adalah berupa sogokan atau rasuah yang boleh menyebabkan korupsi.

Cendekiawan Islam Ulama tersohor dari Kelantan.

Cendekiawan Islam Ulama tersohor dari Kelantan.
Nama: Muhammad Yusuf bin Ahmad Gelaran: Tok Kenali Lahir: sekitar 1868 M Wafat: 19 November, 1933 Etnik: Melayu Rantau: Semenanjung Tanah Melayu Muhammad Yusoff dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, dan ini adalah membentukkan sifat peribadinya yang tidak menonjol. Bapanya seorang petani manakala ibunya bagaimana kebiasaan orang-orang di kampungnya adalah bekerja menolong pekerjaan suaminya. Sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negeri, Muhammad Yusof telah mula belajar pada datuknya sendiri Encik Salleh (Tok Leh) iaitu dalam pelajaran membaca kitab suci Al-Quran dan pelajaran tulis-menulis. Sesudah itu dia menyambungkan pelajaran ke masjid Besar Al-Muhammadi, Kota Bharu dan tempat-tempat pengajian lain di sekitar kota Bharu dalam pelajaran Bahasa Arab, nahu, saraf juga pengetahuan agama. Isterinya ialah Cik Ruqayyah Mahmud. Beliau dikurniakan empat orang anak, iaitu Ahmad, Muhd Shaalih, Mahmud dan Abdullah Zawaawi. Perlu disebutkan bahawa datuknya adalah seorang yang lebai, warak, mempunyai sedikit sebanyak ilmu-ilmu agama untuk panduan hidup, seorang yang mempunyai kesedaran, mematuhi peraturan-peraturan agama dan gemar berbuat ibadat semata-mata mencari keredaan Allah. Bapanya meninggal dunia sewaktu umurnya baru meningkat 5 tahun. Beliau dilantik di bawah pengawasaan datuknya menyebabkan pengaruh bapanya kurang terasa dalam corak hidupnya. Di samping itu, nenek perempuan tirinya, Tuk Mek ngah turut memberikan pendidikan yang baik kepadanya termasuk pengawasan terhadap punca-punca makanan yang hendak disajikan. Menurutnya pengaruh-pengaruh makanan-makanan yang haram adalah membawa akibat yang buruk dalam penghidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat.

Cik Siti Wan Kembang

Cik Siti Wan Kembang
•Cucu Raja Gombak iaitu Raja Ahmad berkahwin dengan Cik Banun Puteri Sri Nara D’Raja iaitu sepupu Raja Hussin. •Baginda dikurniakan seorang puteri bernama Cik Wan Kembang. •Sultan Ahmad mangkat ketika Cik Wan Kembang berusia 4 tahun. •Raja Hussin dari Johor dilantik sebagi pemangku raja. Kerajaan Cik Siti Wan Kembang •Tahun 1610, Raja Hussin mangkat. •Cik Wan Kembang ditabal menjadi raja. •Pusat Pentadbiran di Gunung Cinta Wangsa, Ulu Kelantan. •Kerajaan Cik Wan Kembang sangat masyhur. •Ramai pedagang datang berniaga, termasuk dari Arab. •Orang-orang Arab memanggil baginda dengan panggilan ‘Paduka Cik Siti’. •Dari situ baginda lebih dikenali dengan nama ‘Cik Siti Wan Kembang’. Asal-usul Kerajaan Jembal •Kerajaan Jembal diasaskan oleh Raja Besar. •Raja Besar dikatakan dari keturunan Raja Bersiung yang memerintah Kedah abad 14. •Raja Besar dan pengikut-pengikutnya mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan negeri. •Baginda mendirikan sebuah kota di tepi sungai Babong, di Pulau Melaka. •Di situ terdapat satu pokok ‘jambu jembal’ yang besar. •Lalu baginda menamakan tempat itu ‘JEMBAL’. Pertabalan Raja Sakti •Tahun 1638, Raja Besar menabalkan Raja Sakti sebagai penggantinya. •Raja Sakti dikurniakan 7 orang anak iaitu; ~ Raja Adiluddin (Raja Loyar) ~ Raja Bahar (Raja Udang) ~ Raja Omar (Raja Ekok) ~ Raja Sungai ~ Puteri Sayu Bari ~ Puteri Unang Melor ~ Puteri Cempaka Bongsu Kelantan Di Bawah Raja Loyar •Tahun 1649 Raja Loyar ditabalkan sebagai raja memerintah Jembal. •Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara. •Raja Omar sebagai Raja Muda. •Raja Sungai sebagai Temenggong. •Raja Loyar sangat dikasihi oleh rakyatnya. •Baginda dikatakan mempunyai sifat kesaktian dengan berdarah putih, tulang tunggal, bulu roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin. Hubungan Dengan Kerajaan Cik Siti Wan adalah baik. •Raja Loyar mempunyai 2 orang cahaya mata, iaitu seorang putera (meninggal) dan seorang puteri bernama Puteri Mariam. •Puteri Mariam lebih dikenali sebagi Puteri Saadong. •Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat. •Puteri Saadong dihadiahkan dua ekor anak kijang untuk dijadikan mainan. •Hingga sekarang gambar 2 ekor kijang dijadikan lambang kebesaran Kerajaan Negeri Kelantan. Perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah •Puteri Saadong termasyhur dengan kecantikannya. •Raja Prasat Thong dari Siam menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong. •Namun pinangan itu ditolak. •Puteri Saadong lalu dikahwinkan dengan sepupunya Raja Abdullah. •Raja Abdullah telah mendirikan sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Jelasin’ (Kg. Kota sekarang). •Cik Siti Wan Kembang, Raja Abdullah dan Puteri Saadong telah membuka penempatan baru di Kg. Chetok yang dikenali sebagi ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’. •Di sini Cik Siti Wan Kembang gering, lalu dibawa ke Gunung Cinta Wangsa dan meninggal disana. •Setelah itu seluruh Kelantan diperintah oleh Raja Loyar. Peperangan Dengan Angkatan Siam •Raja Siam marah di atas perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah. •Baginda menghantar angkatan menyerang Kota Jelasin. •Raja Abdullah berundur ke Melor dan membina ‘Kota Mahligai’ di sana. •Angkatan Siam mara pula ke Melor. •Kerana sayangkan nyawa rakyat, Puteri Saadong menyerah diri dan dibawa ke Ayudhiya. Kemangkatan Raja Loyar •Ketika Puteri Saadong berada di Siam, ayahanda Raja Loyar telah mangkat. •Jenazah banginda dimakamkan di Jembal iaitu bersebelahan SMK Raja Sakti sekarang. •Adinda baginda Raja Omar ditabal menjadi raja dengan gelaran Sultan Omar Puteri Saadong Berangkat Pulang •Setelah kembali dari Siam, Puteri Saadong mendapati ayahandanya telah mangkat. •Puteri Saadong terus ke Kota Mahligai. •Sepeninggalan Puteri Saadong, Raja Abdullah telah berkahwin dengan anak pembesar negeri. •Satu pertengkaran telah berlaku. •Raja Abdullah mangkat setelah tertikam penyucuk sanggul Puteri Saadong. •Jenazah baginda dimakamkan di Kampung Padang Halban, dekat Melor. Pemerintahan Raja Abdul Rahim •Tahun 1671, Raja Abdul Rahim, adinda Raja Abdullah, dilantik memerintah di Kota Mahligai. •Puteri Saadong berpindah ke Bukit Marak. •Pemerintahan Raja Abdul Rahim sangat zalim. •Ramai rakyat datang mengadu kepada Puteri Saadong. •Tahun 1673, Puteri Saadong berpindah ke Gunung Ayam untuk mengasingkan diri. Kemangkatan Raja Abdul Rahim •Raja Omar dari Jembal menghantar anaknya Raja Kecil Sulong untuk menyelesaikan masalah di Kota Mahligai. •Salah seorang pengikut Raja Kecil Sulong berjaya menikam Raja Abdul Rahim di tepi TasikLelayang Mandi. •Baginda mangkat di situ. Kegemilangan Kelantan Di Bawah Sultan Omar •Kelantan amat maju di bawah Sultan Omar. •Baginda dapat menyatukan Kelantan di bawah satu pentadbiran. •Baginda membuat lawatan ke seluruh jajahan negeri. •Membuka satu kawasan tanaman padi yang luas di Padang Jembal, Bachok. •Mengadakan hubungan dengan negara luar seperti Pattani, China dan Jawa. •Juga dengan negeri jiran seperti Terengganu. •Baginda dikurniakan 5 orang putera puteri; Raja Kecil Sulong, Raja Pah, Raja Sakti III, Raja Ngah dan Raja Nah. Kedatangan Anak Raja Pattani •Tahun 1686, tiga orang anak Datu Pengkalan Tua, Raja Pattani datang mengadap Sultan Omar. •Mereka ialah; ~ Tuan Sulong (Long Sulong) ~ Tuan Senik (Long Senik) ~ Tuan Besar (Long Bahar) •Long Bahar dikahwinkan dengan anakanda baginda, Raja Pah. •Yang lain dikahwinkan anak pembesar negeri. •Sultan Omar membina Kota Senang yang kemudiannya diserah kepada Raja Pah dan suaminya. Sultan Omar Mangkat •Sultan Omar memerintah selama 46 tahun. •Baginda mangkat pada tahun 1721 •Jenazah baginda dimakamkan berhampiran Kota Seneng. •Sekarang dikenali sebagai Kg Senenag. •Belindan makam baginda dipercayai didatangkan dari Negeri Cina. Raja Kecil Sulong •Sultan Omar diganti oleh anakanda baginda Raja Kecil Sulong. •Raja Kecil Sulong membina sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Teras’. •Kota ini diperbuat daripada teras kayu tembesu. •Baginda memerintah 5 tahun sahaja. •Mangkat pada tahun 1725 dalam usia yang muda. Peranan Raja Pah •Putera Raja Kecil Sulong yang bernama Raja Abdul Rahman masih kecil. •Raja Pah telah mempengaruhi pembesar negeri supaya suaminya Tuan Besar / Long Bahar dilantik menjadi Sultan. •Dengan itu tertolaklah hak Raja Abdul Rahman. •Long Bahar telah berpindah dari Kota Seneng ke Kota Jembal. •Apabila Long Bahar mangkat, anakanda baginda Long Sulaiman dilantik memerintah Kelantan. •Dari keturunan Long Sulaiman inilah datangnya salasilah kesultanan Kelantan hari ini.

Tanah Merah Kelantan Darul Naim

Tanah Merah Kelantan Darul Naim
Tanah Merah merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. Tempat yang berhampiran ialah Machang,Jelatok, Sungai Kusial, Kampung Sat, Kampung Panjang, dan Kampung Joh. Bandar Tanah Merah terletak di tepi landasan kereta api dari Gemas di selatan ke Tumpat di utara. Rupa bumi Tanah Merah dipengaruhi oleh Sungai Kelantan yang lebar, mengairi kawasan pertanian seperti ladang getah, kelapasawit dan tembakau. Bukit Kemahang (876 m) dan Bukit Kusial (723m) terletak di sebelah barat. Jajahan Tanah Merah Merangkumi Tiga Daerah Penggawa, iaitu: * Daerah Bukit Panau * Daerah Hulu Kusial * Daerah Jedok Manakala Daerah Penggawa Batu Melintang dan Daerah Jeli digugurkan daripada pentadbiran Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah Pada Tahun 1982 apabila Jajahan Jeli dibentuk dan dinaikkan taraf sebagai Jajahan penuh pada tahun 1986. Bandar-bandar utama * Bandar Tanah Merah (Pusat) * Bandar Bukit Bunga * Bandar Gual Ipoh * Bandar Kemahang * Bandar Manal Mengikut sejarah melayu,Tanah Merah merupakan Ibu Kota bagi Kerajaan Melayu lama iaitu Kerajaan Chi Tu. Mengikut rekod Kerajaan China Dinasti Sui. Pada kurun ke-7, terdapat satu penempatan dan pemerintahan berpusat Kerajaan yang di kenali sebagai Chi Tu (Bumi Merah) di satu kawasan yang mana pada hari ini dikenali sebagai Kelantan. Populasi penduduk Jajahan Tanah Merah pada 2005 adalah seramai 108,288 orang. Majoritinya adalah kaum Melayu. Senarai Balai Polis * Ibu Pejabat Polis (IPD) Tanah Merah * Cawangan Trafik Balai Polis Daerah Tanah Merah * Balai Polis Tanah Merah * Balai Polis Bukit Panau * Balai Polis Lalang Pepuyu * Balai Polis Kemahang * Balai Polis Kusial * Balai Polis Kuala Tiga * Balai Polis Nibong * Balai Polis Batang Merbau * Pondok Polis Alor Pasir Senarai Hospital dan Pejabat/Klinik Kesihatan * Hospital Besar Tanah Merah * Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah * Klinik Kesihatan Tanah Merah * Klinik Kesihatan Bukit Panau * Klinik Kesihatan Bukit Bunga * Klinik Kesihatan Bukit Gading * Klinik Kesihatan Batu Gajah * Klinik Kesihatan Alor Pasir * Klinik Kesihatan Kuala Tiga * Klinik Kesihatan Kusial * Klinik Kesihatan Lalang Pepuyu * Klinik Kesihatan Kemahang * Klinik Kesihatan Jedok Senarai Agensi Kerajaan Pusat * Rejimen Sempadan 301 Tentera Darat Malaysia * Ibu Pejabat Balai Bomba Dan Penyelamat Malaysia * Agensi Anti Dadah Kebangsaan * Jabatan Pengangkutan Jalan * Jabatan Kerja Raya * Jabatan Pengairan Dan Saluran * Jabatan Perikanan * Jabatan Pendaftaran Negara * Pejabat Pelajaran Daerah * Pejabat Risda * Lembaga Tabung Haji Malaysia * Jabatan Haiwan/Veterinar * Jabatan Belia Dan Sukan * Jabatan Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna * Pejabat Pos Malaysia * Jabatan Penerangan Malaysia * Mahkamah Majistret * Pusat Tahanan Pendatang Tanpa Izin (PATI) Senarai masjid Dianggarkan terdapat lebih kurang 20 hingga 29 masjid di sekitar Jajahan Tanah Merah. * Masjid Besar Jajahan Tanah Merah * Masjid Mukim Alor Pasir * Masjid Batu 11 * Masjid Batu Gajah * Masjid Mukim Belimbing * Masjid Mukim Bukit Bunga * Masjid Mukim Bukit Gading * Masjid Mukim Gual Ipoh * Masjid Mukim Kemahang * Masjid Kusial * Masjid Mukim Manal * Masjid Kubang Gali * Masjid Padang Siam * Masjid Bukit Panau * Masjid Tok Guru Manal 1 Senarai sekolah Sekolah Menengah * Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Pasir * Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Gajah * Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bunga * Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing * Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mahmud Paduka Raja (1) * Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mahmud Paduka Raja (2) * Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Paduka Raja Tun Muhammad Aliff * Sekolah Menengah Kebangsaan Ipoh * Sekolah Menengah Kebangsaan Kemahang * Sekolah Menengah Kebangsaan Ladang Kerilla * Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (1) * Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (2)[SEMETAM2] * Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah * Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing Sekolah Rendah * Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Suria 1 * Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Suria 2 * Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Suria 3 * Sekolah Rendah Kebangsaan Tanah Merah 1 * Sekolah Rendah Kebangsaan Tanah Merah 2 * Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Kelewek * Sekolah Rendah Kebangsaan Belimbing * Sekolah Rendah Kebangsaan Ladang Kerilla * Sekolah Rendah Kebangsaan Alor Pasir * Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Panau * Sekolah Kebangsaan Gual Jedok * Sekolah Kebangsaan Batu Gajah * Sekolah Kebangsaan Batang Merbau * Sekolah Kebangsaan Lawang * Sekolah Kebangsaan Gual Ipoh * Sekolah Kebangsaan Kemahang 1
kayal mepeh. Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.